My Dearest Little Girl

Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker

Monday, November 17, 2008

Oh novel ku!

kegilaan aku sekarang ni!!
Waahhh!!! Aku dah jadik pembaca novel balik dah! Akhirnya dapat jugak "hakak" mendapatkan novel yang dikatakan digilai ramai sekarang ini. "AYAT-AYAT CINTA". I heard this novel is the top seller, sebab ramai yang baca sume kata isi kandungannya cukup menarik. I tought nak pergi beli on last Friday nite itself. Sadly, tetiba hujan lebat pulak, in the end hari Sabtu pagi tu lepas bangun tidur, kemas2 apa yang patut then siapkan Niena, bawak my lil'girl ni sekali pergi Pustaka Mukmin kat Jalan TAR tu. About 11am kami berdua keluar, told my hubby, (he was sleeping pun!) "Bie, orang nak gi beli novel tau" I dunno la my hubby sedar ke tak! Ambik kunci kereta and asked my lil'girl, "Niena, nak ikut mama tak??" hhmm..my lil'girl ni memang pantang tengok aku bertudung, sure she will say "Niena nak kekut (ikut) mama alan (jalan) la!" Sampai2 terus je parked kat depan bookstore tu. Im not bothered of the police traffic, coz i looked at my watch, shows at 11am. I know police is not around during this time, jangan dah pukul 12 lebih sure the road will start congest! Memula pancing Niena dulu belikan dia buku dulu. If not sure havoc that bookstore! Luckily, the novel section just next to the kid's corner. Alhamdullillah, sekejap je kerja aku masa tu. Hehehe..i got discount for the novel, 20%. Belek2 novel yang ada jual kat situ. "oh Niena, sure after this Mama akan menjadi pelanggan setia kat sini" coz kegeliaan mama untuk membaca novel dah datang balik. Of course mama akan datang balik carik novel lain plak! ;) Selesai urusan jual-beli came out from the bookstore, aku usyar line jap, ye la tengok kiri kanan ada pak misai tak. Hehehe..tarak line clear...... Sempat lagik tu ajak Niena masuk A&W nak beli curly fries. Tak sampai 10 minit pun we all off to the car nak balik rumah, very excited nak start membaca!
.
Beria aku baca x berhenti, sudah nya konon nak bawak ofis tertinggal la plak! dammmnnnnnnnnn!!!!!!!
HAPPY READING NIENA_NANIENA!!!

Friday, November 14, 2008

Time Flies

waaa..today is FRIDAY. Time flies la! Rasanya baru semalam hari Isnin. Tup tup dah JUMAAT dah. Yea..Jumaat, penghulu bagi segala hari, hari yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Actually hari Jumaat la yang paling ditunggu2 bagi semua yang "berkhidmat" a.k.a "bekerja". hihihi..ESPECIALLY ME laaaaa.. Im so exhausted skang ni. Last week pun x dapat nak berehat sangat, coz kat rumah ada relatives datang, minggu sebelum tu my Hubby admitted, then baru 2, 3 hari lepas bergegas balik kampung sebab ada PakTeh Shidi meninggal. So, this week hopefully nothing bad happen la, (pray for it!) walawehh..hari ni burfday Pah la niena.........yes today is my mom's burfday yang ke 54th! Semoga panjang umur, murah rezeki ye MAK. Everyone loves you. For tomorrow im still not decide apa nak buat, either gi jenjalan ke nak beli kek untuk tiup lilin ke, nak kena tanya my lil'bro dulu, apa they all nye plan. Just worried kalo2 my lil'bro kena "bekerja" this week because last week dia dah off! Hopefully not la. Ok la got-to-go. Nak keluar lunch jap, nak gi jenjalan, kat bawah dekat masjid tu ada pasar jumaat. Saja nak menjamu mata jerk! daa.. see ya!

Thursday, November 13, 2008

Kerja! Kerja! Kerja!

Cuaca hari ni mendung jer, macam tau2 je hati aku tengah sayu, sedih. Tetiba pulak "akak" ni terasa emo jap!Mood x ada la. Entahlah macam2 tengah bermain kat dalam fikiran ni. Bosan pun ada ni. adduuhh...tengok jam baru pukul 4. Ada lagik sejam setengah baru boleh nak 'bye - bye'. Balik ni nak amik niena ke erk?? Ke babah yang ambik. Alaaa my hp pun dah kena bar, bil tak bayar lagik ni. Takde masa la nak pergi, itu la dia dok asyik bertangguh2, last2 kan ke dah kena bar! (padan muka aku!) mmm...takpe aa apa nak buat kan.
.
Masa hantar niena ke sekolah pagi tadi, aku sempat bertanya pada cikgu dia kat situ.
Me : Niena kat sekolah banyak mulut tak? Ye aa dia banyak bercakap tak?
Kak Mentis : Tak la. Dia xde kaco apa pun, kalo time belajar pun dia dok diam, ikut apa kita ajar. Kalo ada
orang kacau dia, dia marah balik, dia cakap kat orang tu.."angan aaaa..." (jgn la)
Me : Kalo time makan, ok tak? bersepah ke apa ke?
Kak Mentis : Tak la, elok jer.
Me : dalam hati (uiks, biar betul!) Ye ker?? Sebab kalo kat rumah dia la HERO & HEROIN!
.
*** Nama Kak Mentis tu sebenarnya Kat Betty (nama penuh FATIMAH) tapi sebab Niena x pandai nak nyebut pelat Jerman dia keluar,tu yang jadik Kak MENTIS
.
Itu la dia, anak kalo kita hantar ke sekolah they know how to behave their self. Ok, good girl, niena. She knows her mom and dad search for money. That's why dia kat sekolah baik takde nakal2. hihihii! Kecik2 dah kena pergi school kan Niena, kan? Best nya kalo dok umah lepak ngan Niena je kan. Tapi apa boleh buat, komitmen banyak! Selagi semua belum selesai, kena la "BEKERJA" bak kata dalam filem P.Ramlee - "selagi belum tutup mata, kerja! kerja!kerja!"

Satu lagi episod kematian...

Selama 2 hari ( Selasa & Rabu) i was on Emergency Leave (EL). Pada malam Isnin (mlm Selasa) kami menerima panggilan daripada TokTeh di kampung mengatakan PakTeh Shidi telah pergi menghadap Illahi. Waktu itu aku sedang nyenyak dibuai mimpi. Tetiba my hubby datang kejutkan aku, katanya mak panggil. Aku tengok jam masa tu baru pukul 1.05 pagi. Aku ingatkan mak tengah angin, sesak nafas, sebab kengkadang, ada masanya mak akan sesak nafas. Bila bangun aku terus ke depan tengok my mom ok jer, duduk kat atas sofa, tetiba terus dia kata "PakTeh Shidi meninggal".........................." "haaaaa???!!!!!!!!!" aku masa tu seakan menjerit bila dengar berita tu. Tiba2 terbayang muka si arwah depan mata, senyum dia. Arwah ni seorang yang pendiam, memang jenis yang tak banyak cakap. Hari arwah meninggal 11 November 2008 genap la sebulan usia perkahwinan abang sulung nya, Pak Long Fadzly. Dan hari ini kembali lah sudah dirinya, menyahut paggilan Yang Maha Esa. Aku rasa baru sangat aku bercakap ngan dia masa kenduri bulan lepas. Dalam blog ni pun aku ada cerita yang aku bercuti lama sebab ada kenduri kahwin. Memang di rumah Tokteh jugaklah kenduri kahwin dan hari ini jugaklah, selepas genap sebulan sekali lagi rumah TokTeh dipenuhi sanak saudara dan sahabat handai, tapi kali ini, adalah kerana tibanya jenazah kerumah. Waktu raya lepas, My Hubby siap naik motor dengan arwah lagik masa nak pergi sembahyang raya hari tu! Dah tu kami sama2 gotong royong buat kerja masa kenduri kahwin abangnya yang sulung. Tuhan itu Maha Kaya dalam sekelip mata segalanya berubah. Kita yang lemah ini harus akur akan ketentuanNya. Arwah meninggal sebab kegagalan buah pinggangnya berfungsi dan jantungnya yang berlubang. Kami semua menyangka kan yang penyakitnya dulu sudah pulih, malangnya tidak. Dia pun tidak pernah mengadu yang dia ada sakit ataupun tidak. Siapa sangka selepas 16 tahun, penyakit nya kembali semula walaupun sudah menjalani pembedahan. Kuasa Allah! Arwah PakTeh Shidi telah menjalani post-mortem di PPUM, sebab kematiannya mengejut. Terharu aku melihat TokTeh (ibu dan ayahnya) mengucup dahi anak kesayangan mereka yang tidak bernyawa lagi. (sewaktu hendak dimandikan di bilik mayat PPUM) Sewaktu PakTeh Shidi masih ada dia lah satu2nya anak yang banyak berjasa pada keluarga, biaya persekolahan abang dan adiknya dulu, mak dan ayanhnya sakit dibawa cepat2 ke klinik, dan macam2 kebajikan yang dilakukan untuk keluarganya, termasuklah sewaktu arwah abah aku sakit dulu, dia juga yang banyak membantu! Memang dia banyak berkorban untuk keluarga. Menitis air mata aku melihat pemergiannya. Arwah dibawa pulang ke kampung halaman kami di Taiping untuk disemadikan disana. Selesai semua urusan di sini, kami bergegas pulang mengiringi jenazah dan sebagai tanda penghormatan kami yang terakhir untuk dirinya dan sebagai mengenang pengorbanannya untuk arwah abah aku juga! Sepanjang perjalanan di dalam hatiku tidak berhenti2 menghadiahkan Alfatihah dan bacaan Yassin untuknya.
.
Tiba nya dikampung, orang2 disana sudah sedia menunggu dari awal lagi untuk bertemu buat kali terakhir. Sejurus kemudia jenazah diusung semula keluar dari rumah menuju ke tempat destinasinya. My Hubby dengan adik lelaki aku turut mengikuti mereka yang lain untuk pengkebumian. Waktu itu sudahpun pukul 8 malam. Bagi yang perempuan semua berada di rumah. My Hubby kata, biar mereka je yang pergi. Lagipun masa tu memang ramai jugak orang yang pergi ke kubur. Tambah My Hubby jugak kata kat kubur tu dah macam siang, lampu kiri kanan jalan dipasang, memang cerah sungguh! Itu semua dilakukan dengan kerjasama orang2 kampung disitu bagi mempermudahkan urusan pengkebumiannya. Jenazah sudah selamat disemadikan. Semoga roh PakTeh Shidi aman disana! Bagi kami disini, Alfatihah sentiasa mengiringi..Alfatihah...amin

Monday, November 10, 2008

Tuhan lebih menyanyanginya! Alfatihah...

Pagi ni bangun je dari tidur, terkedu, terkesima, terdiam, sume "ter" ada pada aku, bila terbaca mesej from my friend "ajib dah meninggal". Innalillah... Sejak kebelakangan ini banyak kisah kematian yang aku dengar, baik dari sahabat, mahupun dikalangan orang lain. Ye, kita harus akur pada ketentuan yang Maha Esa, sesungguhnya daripada Nya kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali. Ajib ni kawan si Aman, sebab kebanyakkan kawan2 Aman ni memang aku kenal walaupun not-so-close. Most of them ni baik2 semuanya, can be a friends, x sombong, funny! Aman ni kira kawan baik aku jugak. Rasanya bukan sekali dua aku jumpa ngan arwah. Sejak dari zaman kami belajar lagi aku dah pernah jumpa, berborak ngan si Ajib ni. Pada mulanya aku memang tak tau cerita, malam Jumaat lepas si Aman called my phone. I thought nothing important ke apa ker, bcoz' normally if something happend or urgent biasa nya Aman akan leave a message. Aku pun x la telefon balik. Just last nite return called. Ask him wwazzuupp bro?? Baru la aku dapat tau. Cerita nya si arwah terlanggar kereta orang sewaktu nak pergi kerja (pagi) dekat highway Jalan Duta. Mungkin speed agaknya pagi Jumaat tu! Tangan dan kaki kiri patah. Yang paling teruk bahagian kepala, dan mengalami pendarahan otak. Astaghfirullah....When he told me all this, in my heart, "Ya Allah, sembuhkanlah dia" . My friends, if we talk about accident then its effect our head, you know the answers! Bukan sekali arwah kena operate kepala because pendarahan tu, tapi 2 kali. Betapa seriusnya pendarahan yang arwah alami. Bertambah sayu lagik bila Aman kata, arwah hanya bergantung kepada machine saja, banyak wayar yang bersambung pada dia. Allah! I cant imagine. Malam tadik bila Aman ceritakan semua ni, aku xnak fikirkan bende buruk walaupun dalam hati kecik aku berkata sesuatu. Then, pagi ni aku baca mesej terjawab la sudah apa yang bermain di dalam hati aku malam tadi. Sedih pulak aku rasa, sebab baru lagik aku terserempak ngan si arwah masa aku nak hantar Niena ke sekolah di Jalan Gurney. If im not mistaken arwah akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei next year. Macam mana la perasaan tunang dia erk. Bersabarla wahai sahabatku! Sesungguhnya Allah sedang menguji ketabahan umatNya. Alfatihah untuk arwah Ajib, semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman....amin... untuk Aman sesungguhnnya dia adalah sahabat sejati.

Friday, November 07, 2008

Jalan-Jalan kat Toysr'Us

Im just back from my lunch. Bukan keluar makan pun, saja jenjalan kat Bangsar Village. Then, teringat pulak memang nak kena pergi Toysr'us kat Bangsar Village tu pun sebab dah janji ngan my sister-in-law nak belikan dia UNO-card. Biasa la budak2, nak main ngan kengkawan kat sekolah. Mungkin skang ni trend dorang tengah main UNO kot dekat sekolah dia. (i meant my sister-in-law). Selesai memilih UNO-card tu (jangan memain BARBIE punye lagik kelassss gituu..) pusing2 kat dalam store tu dulu. Then i looked at one of section there (boy's section) tengok2 apa yang menarik, from Spiderman character, Ben10 (aku pun x pernah tgk kartun Ben10 ni), Transformer, macam2 lagila sampai la ke ULTRAMAN. Haaaa. kalo nak tau ini la dia pujaan hati/HERO kepada anak buah aku, si ADAM DANIEL. Ya Allah, kalo dengan Ultraman ni sanggup xmakan pun xapa. Yang peliknya, kalo ada sapa2 wearing ultraman shirt ke, pants, ke hape sekalipun dia boleh nampak dan menegur. Adik aku siap sediakan satu TV KHAS letak dalam bilik pasang CD, especially for him to watch his superhero "ULTRAMAN"!!! Sebab nye TV kat hall selalu kena kacau. peehh..penangan ultraman dahsat! Berbalik ke cerita asal, so sorry to say la Adam erk! mainan ko kat situ mahal2 giler! Bukan 30-40 hengget TAPI dah sampai RM90++ sampai beratus pun ada. Ada la yang RM20++ tapi biasa la kecik cenonit punye bende yang tah apa2. Takpe la semalam MamaLong dah belikan baju Ultraman dah dekat SOGO, worth it la jugak boleh pakai dari mainan bukan leh buat pakai, buat makan pun kan?
.
Pusing lagik ni x habis lagik jalan nye. Sampai la pulak ke Car's section.haa..ngko kat sini pulak aku teringatla si kecik lagik sorang, si IZZ IKHWAN. Izz ni anak buah sebelah my husband plak. Si kecik ni plak (baru setahun setengah) memang minat sangat ngan kereta2 ni. Kalo dia main keta ni siap ada sound "voomm..voomm.." ;) So, i decide nak carikan dia kereta mainan (mini cars). Susah jugak nak choose yang mana satu. Last2 jumpa la ada satu brand tu "HOT WHEEL" ada 5 mini cars inside one box, its about RM2++ la. So aku amik belek2 lebih kurang then terus ke kaunter. For MY ONLY DAUGHTER??!! uhuk..uhuk..my intention, nak carikan dia LEGO, sebab lately ni Lego is her favourite most. Niena dah pandai nak build-up, create bende2 pakai Lego ni ha la. Tapi mahal sangat la sampai beratus! Range price for Lego tu plak dalam RM100++ sampai la ke RM500++. uishhh! mahal sungguh. Aku rasa tempat lain xde la semahal sampai macam tu! Takpe la Niena, semalam pun Mama dah belikan Niena baju, and i think, recently aku rasa banyak mainan aku belikan skang ni. Itu la, untung sapa jadik anak buah aku. Selalu aku belikan benda2 untuk korang berdua tau! Baik Adam mahupun Izz. (puji diri sendiri nampak!) Bukan credit yang aku nak kan pun. Tapi sebab aku teringat kan dorang berdua ni. Honestly kalo pergi mana2 bukan nak belikan Niena punye barang jer, untuk budak berdua ni pun kalo ada something interesting, lain skit dari yang lain mesti aku belikan punye! Ye la rezeki untuk di'share'kan bersama. Just give it like it is a gift from their Auntie laa...haa gitu la. :) Have fun to all my lovely kids!



Ini la ADAM DANIEL


Yang ni pulak IZZ IKHWAN

Thursday, November 06, 2008

Loving couple


Eceh...loving copule konon. wahwahwahwah...babah sure, he read this posting! Ini la the latest photo mama and babah! This photo was taken before babah admitted. Masa ni pun my hubby dah start sneez, body pain sume dah ada dah. Actually, i post this photo bukan apa, ramai orang kata kami berdua ni macam not married yet. Whenever we go sume kata we are "couple" pasangan bercinta (especially kalau tak bawak our daughter la, niena) Ada rupe ker??? Mungkin lain orang lain perception nye kot. Ye aaa like me also kalo jenjalan ngan Niena, memang orang akan kata "adik ker???" waaaahhhhhh muda remaja aku gitu! And ada jugak orang kata my face and my husband nampak sama macam adik beradik. Orang tua2 kata kalo suami isteri muka sama tanda nya jodoh berpanjangan dan sejuk jer rumahtangga. Uishhh memang sejuk pun Bie kan sebab kita dah pasang aircond kat hall rumah dah! HAHAHAHA! Hopefully our marriage akan sampai ke akhir hayat. Amin...