My Dearest Little Girl

Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker

Monday, December 15, 2008

letihnye........

HELP! HELP! aduhhh letih betul aku hari ni, dari pagi sampai le ke patang, time skang ni haa asyik dok mengadap nombor, calculator, nombor, calculator! Dah naik berpinar dah mata aku ni. Sudah la tu, x larat nak TAKE 5 dah ni! Sakit kepala + Sakit mata sume nye ada. Bila nak siap akaun ni??? Alamat gaya nya macam nak kena bawak balik rumah je kerja ni. Macam la aku boleh buat kat rumah, karang ramai yang pakat nak tolong aku pulak, especially my lil'girl.."mama, ... mama wat pe tu??" "niena pun nak wat jugak!" haaa..jenuh aku nak menjawab karang. Kalau nak stay back lagikla "hakak" ni malas. Esok sempat kot?! heheheh..kena datang awal la camni, kul 8 dah ada dalam opis dah, bolehhh??? (sangat la aku nak sampai kul 8!!!)

last day

Sudah lama rasa nya tak meng'update my blog. Busy nye sekarang ni, semenjak dah nak resign ni makin banyak pulak aku rasa workload yang ada. Ishhh..mcm mana nak handover camni kalo sume bende belum settle. Saja je my boss makin dekat tarikh aku nak cabut, hari2 ada je la benda lain nak kena buat. FFUHHH!!!! Tak apa, is just "tomoro" is my last day, then after that bye bye.

Wednesday, December 10, 2008

MC lagik!

mc lagik! itu je keja akak skang, almaklumlah mentang2 la tis week ni merupakan minggu terakhir akak keja kat sini kan sebelum berambus! hehehehe..xde la aku mc semalam pun sebab period pain. itu bendera jepun sudah datang maa..aiyaaa..hari ni macam sememeh skit, dengan sakit perut + sakit kepala (ada connection ker???) ntah la labu. takde mood la hari ni. Dah la member aku kat opis ni cuti. So, sengal la skit. Japgi nak naik atas nak tgk tv, bolehh???? take advantage jap tgh2 takde org. hahahahaha (gelak org jahat!)

Thursday, December 04, 2008

Pics of Cameron

Siapa sangka lepas balik bercuti from Cameron Highlands, "hakak" mu ini demam tetiba, siap kena gastrik teruk lagik. ish ish ish... agaknya mungkin aku terkejut ngan angin Cameron Highlands tu kot. Ok la, hari ni barulah start masuk ofis balik setelah percutian ku hari minggu lepas bersambung pulak dengan cuti sakit@MC. Nak cerita sepanjang cuti di CH, memang tak tercerita la memang best. Alhamdullillah sume tempat kami singgah walaupun untuk jangka waktu yang singkat. Last time we went x sempat nak ke sana sini, almaklumlah naik secara "koboi" la katakan. Pergi tengah hari pukul 2, balik kul 6 ptg tak ke koboi namanya tu. So, this time "memang berbaloi" ;) Berbaloi erkk, iye la, sangattt...sampai aku demam!! Yang my mom plak masa naik tu muntah kuning/hijau sume kaler ada laaaaaa...sebab pening, gara2 jalan nak ke sana macam ular kena palu, tambah2 plak sume naik bukit mana ada yang mendatar. hihihihi...my husband cakap kalo nak ikut jalan simpang pulai jauh, x adventure! Iye Bie, memang adventure sungguh percutian kita! Sudah la masa nak pergi tu dengan hujan lebat Ya Rabbi! tanah kat tetepi bukit sume dah turun, aku dah macam dok tahan tanah tu jangan bagi runtuh, siap dalam hati "kalo nak runtuh pun bagi la kami sampai atas dulu". Alhamdullillah kami selamat sampai naik ke atas. Masa perjalanan nak balik, masa nak turun memang ada tanah runtuh siap ada pokok besar halang lagik. Luckily masa tu xde bas ke kereta ke lori ke apa ke lalu lalang, kalo tidak, Nauzubillah...Yang aku peliknya, dah tau jalan situ dah la kecik, jalannya berbengkok2, yang bas2 persiaran, lori2 boleh plak dok speed 'kona baring' ishhh tak takut terbalik ke celah gaung bukit tu. Bila berselisih kami pulak yang rasa ketepi nak jatuh ke gaung. Issh!! Simpang Malaikat 44. Anyway, kat bawah ni gambar2 masa kat CH. Enjoyed!


Friday, November 28, 2008

I did it, dear!

Dah nak balik, baru nak update blog. Anyway, hari ni xde cite yg menarik melainkan my heart really soooo sickening! Oh, ya! I just tendered my resignation letter kes sakit hati punya pasal. Yes, at last i did it. WHY? b'coz of my crazy b**, and no need for me nak write everything in my blog, is just about her. She think im sooo desperate to work with her??? Eh, hello sorry, i've got a better offer ok?? Tak payah nak tunjuk baik nak offer aku kerja. Ingat aku hadap sangat??? Ok, stop it! Actually my blog is not story about of her, ok. Just forget it, what i know now isssssss...............I CANT WAIT FOR TOMMOROW!!! Yeay! Yeay! Esok "hakak" nak gi Cameron. Cuti2, uishhhh best! best! Jom sapa nak ikut???? ;) Esok boleh aku jerit puas2 kat ladang teh cameron tu! (*gile ke hape?) daaaa...i shall see you guys on next week aje. bye!

Thursday, November 27, 2008

dolu2

alaaalalala...comey nye la kan? kan? kan? hihihihi
Ini gambar aku masa muda2 remaja, zaman dolu2!persoalan aku skang ni ye kawan2, aku nak tanya pada korang, adakah kulitku kelihatan begitu cerah adalah kerana cahaya flash kamera atau sememangnya kulit ku putih??? kes perasan sendiri (masa dolu2, sekarang dah gelap dah!!!) ke sebab apa erk... Gambar ni kalo x silap aku masa tahun 2002 ke 2003 gitu la. Terima kasih la kepada sahabatku yang masih menyimpan gambar ni! Anyway comey tak "hakak"??????? Nampak ayu, lembut gitu!!! ini statement puji diri sendiri ni, aku kira hape kan???wahwahwahwahwahwa....ini dah perasan tahap melampau ni! HAHAHAHHA!!!


Doa makan vs Doa tidur

Refer to title sure, you all will asking amende doa makan vs doa tidur? macam cite mertua vs menantu plak erk. No la, xde kena mengena pun ngan that drama. :) This is story pasal my lil'girl. Last nite we had dinner together la, (yes, just both of us) so, macam biasa aku suruh niena baca doa makan. Dont be suprise, even now she's only 2 years six months, but she knows to recite the doa. Ini la kelebihan kalo dihantar kesekolah di tahap umur yang awal. Tujuan aku hantar niena ke sekolah pun di atas beberapan alasan :
i) untuk memberi pendedahan awal di alam persekolahan
ii)meluaskan minda dan pemikiran, dan niena pun dapat belajar untuk pendidikan awak kanak-kanak
iii) dapat bergaul dan berkawan dengan rakan sebaya
iv) mama & babah xde masa yang cukup untuk mengajar anak sendiri (anak org boleh plak??)
v) sebab kami ni bekerja sapa nak jaga! takkan nak ambik BIBIK.
.
Ok berbalik kepada tajuk yang asal ye puan2 dan tuan2, macam biasa la aku akan suruh dia baca doa makan. "Niena, sebelum makan, kita baca doa dulu yer" so dengan sepantas kilat dia pun menadah tangan sambil start baca.....sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiii......
"Allahhumma bismika ahya wa'ammmuuuuuuutttttttt" (terpaksa ditulis dalam rumi)
Pecah perut aku bila dengar dia baca. Adakah anda tau itu doa apa???? Iye itu DOA TIDUR!!!! Iye, memang sebelum tidur kami akan sama2 membaca doa ini diiringi dengan solat nabi. Doa2 ini selalu kami amalkan, dan Alhamdullillah niena ni cepat "tangkap" dan mengingatinya, bukan setakat doa sahaja malah dalam banyak perkara lain. Syukur!
.
Addooiiiiiiii anakku ini la. Aku pun cakap kat my lil'girl...."niena kita x tido lagik erk, nak tido karang kita baca doa tu yer!". haaa..ngko, doa tidur yang dia terbaca! Bukan salah dia pun. Mungkin dia kompius antara doa makan dengan doa tidur. Doa makan pun bermula dengan "Allahhumma" . Lepas dah bagitau my lil'girl aku pun ingatkan dia balik dan bacakan sekali then baru dia terus sambung "Allahhumma balik kanna, pima rozak tana wa tina aja bannar" dalam kepelatan nye la!Itu lah dia tuan2 dan puan2. Dalam mendidik anak ni banyak yang kita kena prihatinkan. Nak kena banyak bersabar (sabarkah aku?????). heheheheh........
.
Alahai, Niena! Niena!